LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengumumkan 18 inisiatif baru untuk mengangkat Pulau Langkawi ke tahap lebih maju dalam tempoh 5 tahun akan datang. Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) komited melaksanakan kesemua 18 inisiatif itu bagi meningkatkan taraf hidup penduduk pulau bersejarah itu ke tahap lebih hebat. “Kita bukan hanya ingin bangunkan industri pelancongan tetapi juga perniagaan, infra rakyat, gaya hidup, rekreasi dan pelbagai peluang untuk masa depan Langkawi lebih baik,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap di majlis Santai Industri Pelancongan Langkawi turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, calon BN untuk Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan dan DUN Air Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid. Jelas Najib, inisiatif pertama adalah penubuhan sebuah pusat transformasi bandar (UTC) di sini, yang membolehkan urusan kelulusan permit...