Polis hari ini mendedahkan barangan rampasan di hartanah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata rampasan bernilai RM686.37 juta, tetapi nilainya dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion. Barangan-barangan rampasan itu seperti berikut: Wang tunai RM116.7 juta 12,000 barang kemas bernilai RM440 juta 272 daripada 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta (Baki 295 masih belum dinilai) 423 jam tangan bernilai RM78 juta 234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000 Antara barang kemas dirampas pula termasuk: Rantai leher – 1,400 unit Cincin – 2,200 unit Gelang – 2,100 unit Subang – 2,800 unit Kerongsang – 1,600 unit Tiara – 14 unit Katanya rampasan itu melibatkan penggeledahan di enam premis milik Najib dan dua anaknya di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Mei lalu. Beliau berkata lapan pasukan khas ditubuhkan melibatkan 150 anggota d...