Barangan rampasan - 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,400 rantai


Polis hari ini mendedahkan barangan rampasan di hartanah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata rampasan bernilai RM686.37 juta, tetapi nilainya dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion.

Barangan-barangan rampasan itu seperti berikut:

  • Wang tunai RM116.7 juta
  • 12,000 barang kemas bernilai RM440 juta
  • 272 daripada 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta (Baki 295 masih belum dinilai)
  • 423 jam tangan bernilai RM78 juta
  • 234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000

Antara barang kemas dirampas pula termasuk:

  • Rantai leher – 1,400 unit
  • Cincin – 2,200 unit
  • Gelang – 2,100 unit
  • Subang – 2,800 unit
  • Kerongsang – 1,600 unit
  • Tiara – 14 unit

Katanya rampasan itu melibatkan penggeledahan di enam premis milik Najib dan dua anaknya di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Mei lalu.

Beliau berkata lapan pasukan khas ditubuhkan melibatkan 150 anggota dan beberapa pakar barangan berjenama yang mengambil masa 36 hari untuk mengira nilai 12,000 jenis barangan kemas dari dalam 25 beg daripada 72 beg yang dirampas.

“Barang kemas termahal yang dirampas dari serbuan ke premis berkaitan Najib ialah seutas rantai leher bernilai RM6.4 juta. Turut dinilai ialah 567 beg tangan membabitkan 37 jenama bernilai kira-kira RM51.3 juta... beberapa jenama terkemuka seperti Hermes, Prada, Chanel dan Bijan,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpuri hari ini.

Menurutnya proses pengiraan nilai barang rampasan terpaksa mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan beberapa pakar barang kemas dan pakar barang berjenama.


Comments

Popular posts from this blog

TERTHAL AH? NAANGE READY DATO SERI SARAVANAN SAVAL

கோலாலம்பூர் to திருச்சி” – 168 பயணிகளுடன் பறந்த சிறப்பு விமானம்.!

Marubadiyum kamalanathannukku seat ah?