SPRM tangkap Najib di rumah
SPRM tangkap Najib di rumah
3 Jul 2018, 4:21 pm
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dispekulasi telah dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Beberapa sumber polis dan SPRM yang dihubungi Malaysiakini mendakwa Najib dibawa dari rumahnya petang tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau sedang berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun.
"Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi," katanya.
Sumber bagaimanapun memberitahu bahawa Najib dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat lanjut.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan spekulasi kemungkinan Najib ditangkap hari ini.
Beberapa media telah melaporkan sumber yang mengesahkan tangkapan itu.
Comments
Post a Comment