Nurul Izzah Ambil Wang, Janji Calon Kerusi?


KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Anti-Jenayah; MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini menggesa agar pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar kerana didakwa meminta wang dari calon yang berpotensi untuk mendapat kerusi terjamin pada Pilihan Raya Umum KE-14 ini.
Menurut Sanjeevan, terdahulu, beliau telah menerima maklumat dalaman (tip-off) mengenai dakwaan itu sebelum membaca mengenainya di sebuah blog.
“Beberapa calon telah dinamakan kepada saya yang membabitkan hal ini, jadi sebab itulah saya minta jasa baik agar pihak polis menyiasat dakwaan ini dan juga untuk mengesahkan maklumat yang telah dimuat-naik ke dalam blog tersebut adalah benar atau sebaliknya,” katanya apabila dihubungi KLXpress.
Difahamkan blog terbabit mempamerkan beberapa pemimpin dan ahli perniagaan berketurunan India telah memberi sejumlah wang dan juga beberapa biji kereta kepada Nurul Izzah di [http://ttkmalaysia.blogspot.my/].
Sanjeevan turut menyatakan bahawa dia telah membuat laporan tersebut kerana  andainya dakwaan yang telah dibuat terhadap Nurul Izzah adalah benar, tindakan setimpal harus diambil oleh pihak berkuasa terhadapnya. 
“Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dia (Nurul Izzah) atau dengan parti (PKR), cuma apa yang dibuat oleh dia (jika ia adalah benar)... mengambil duit... calon berduit mampu melobi kerusi... ia adalah satu perkara yang tidak betul.
“Terang-terang ia adalah satu rasuah, bertentangan dengan konsep demokrasi,” kata Sanjeevan yang juga merupakan Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jempol, Negeri Sembilan.
Selain itu, beliau akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat dan berharap pihak-pihak berkuasa akan membuat penyiasatan dan tidak memandang ringan mengenai perkara ini

Comments

Popular posts from this blog

TERTHAL AH? NAANGE READY DATO SERI SARAVANAN SAVAL

கோலாலம்பூர் to திருச்சி” – 168 பயணிகளுடன் பறந்த சிறப்பு விமானம்.!

Marubadiyum kamalanathannukku seat ah?