Polis merampas dadah




Polis merampas dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM4.3 juta dalam dua operasi berasingan di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor yang dipercayai didalangi sindiket dadah tempatan, 14 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, operasi pertama melibatkan pembongkaran sebuah makmal memproses dadah disyaki syabu di Rembau, Negeri Sembilan bersama rampasan pelbagai jenis dadah di sekitar Selangor (Batu Caves, Ampang dan Kajang).

Manakala operasi kedua pula cubaan pengedaran dadah disyaki ganja di Shah Alam, Selangor.

Rampasan dadah melibatkan 26.5kg disyaki syabu, 84kg cecair disyaki meth oil, 635kg cecair disyaki bahan kimia (ephederine, sodium) 120.3kg serbuk disyaki bahan kimia (amoni, acid hydro cloric, aceton) dan 47.3kg ganja.

Polis turut menyita tujuh buah kereta, sebuah motosikal, dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM323,000.

Seramai 16 individu ditahan termasuk tiga lelaki warga India.

Kesemua tangkapan direman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comments

Popular posts from this blog

TERTHAL AH? NAANGE READY DATO SERI SARAVANAN SAVAL

கோலாலம்பூர் to திருச்சி” – 168 பயணிகளுடன் பறந்த சிறப்பு விமானம்.!

Marubadiyum kamalanathannukku seat ah?